Friday, November 9, 2012

Project Mahathir - by M.D. Abdullah

TUN Dr Mahathir Mohamad, seorang negarawan agong dan pemimpin dunia yang dihormati, serta seorang pejuang Islam tulen. Seluruh dunia menghormati Tun Mahathir kerana Tun telah memerintah Malaysia selama hampir 22 tahun.

Semasa pemerintahan kerajaan PBS, Tun Mahathir adalah duri dalam daging di tubuh Datuk Joselp Pairin Kitingan (Tan Sri). PBS menghadapi pelbagai rintangan setelah menarik diri dari BN, dua hari menjelang pilihanraya umum.

Akibat tindakan salah perhitungan Datuk Pairin yang terjun bersama Tengku Razaleigh Hamzah ke kolam yang penuh buaya, akhirnya cedera parah diterkam Sang Buaya.

Kemurkaan Tun Mahathir akibat tindakan tikam belakang Pairin yang menjadi kepantangan bagi orang Melayu, maka PBS dan Pairin menjadi Musuh Nombor 1 Mahathir.

Dalam keadaan marah, Tun Mahathir telah mengarahkan Allahyarham Tun Ghafar Baba pergi ke Sabah untuk menyatukan Bumiputera Islam untuk menentang PBS yang dianggap Parti Kristian itu. Di sinilah bermulanya dan nista pertama Tun Mahathir. Maka bermulalah satu sejarah kerana parti tempatan di Sabah dipecah kecilkan sebelum dijatuhkan dari persada politik Sabah.

Pada perkiraan Tun Mahathir, PBS mesti ditumbangkan pada masa itu juga, dengan apa cara sekali pun demi servival orang Islam di Sabah; maka 'PROJEK IC MAHATHIR' telah diinstitusikan dan jentera kerajaan (JPN) digunakan untuk memberi kerakyatan songsang secara automatik dengan syarat mengundi UMNO/BN.

Jika bukan kerana pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Mutalib M.D dan Dr Chong Eng Leong; termasuk penglibatan langsung mereka dalam Petisen Pilihanraya Likas; mungkin keadaan Sabah lebih teruk daripada sekarang.

Dua tokoh (Mutalib dan Chong Eng Leong) ini kita anggap sebagai 'Wira' yang yang diutuskan Tuhan untuk menjadi 'Pembersih Warga Penyu'. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga di atas pengorbanan dan keberanian mereka berdua yang pastinya akan terus dikenang sehingga beberapa dekad akan datang.

Di sini persoalan kita ialah, kenapa Tun Mahathir tergamak untuk melukai rakyat Sabah dengan membenarkan, 'PROJEK IC MAHATHIR'? Adakah Tun Mahathir sebagai Menteri Dalam Negeri dan orang kepercayaannya, Allahyarham Datuk Megat Junit Megat Ayub sebagai Timbalan Menteri langsung tidak tahu menahu Projek ini?

Mustahil dan tidak boleh diterima akal kerana bukan rahsia lagi dan rakyat Sabah tahu terdapat satu komplot tertinggi di pihak kerajaan pada masa itu, memberikan kerakyatan songsang kepada pendatang asing Filipina, Indonesia, Pakistan, India dan sebagainya.

Menjelang lawatan Najib ke Sabah baru-baru ini, Mahathir menggaku yang warganegara asing boleh mendapat kewarganegaraan Malaysia asalkan mereka telah bermastautin di sini dalam tempot tertentu dan boleh berbahasa Melayu.

Adakah ini satu peruntukan yang longgar dalam Perlembagaan Malaysia kerana di Australia dan England, undang-undang imgirisen adalah terlalu ketat dan tegas. Jika orang luar ingin memohon kewarganegara di kedua-dua negara ini, syarat utama mestilah boleh bertutur bahasa Inggeris dan membawa masuk wang modal asing sekurang-kurangnya 500,000 US dolar.

Tetapi anehnya di Sabah, Kad Pengenalan Projek (IC) diberikan pada Warga Penyu seperti membeli tikek loteri; malah banyak yang diberikan secara percuma kerana yang penting ialh memastikan UMNO mencapai kemenangan besar dan BN memenangi pilihanraya.

Saya berpendapat inilah pengkhianatan yang terburuk dalam sejarah dan pastinya dosa ini tidak akan diampunkan oleh Generasi Baru Sabah sekurang-kurangnya dalam tempoh seratus tahun akan datang!

No comments: